Sekali lagi Nia bertentang mata dengan Haizam. Hembusan nafasnya menggegarkan jiwa Nia. Terlalu dekat sekali muka mereka berdua. Cepat-cepat Nia menarik diri. Haizam mengeluh kecil di dalam hati. Dia tahu, bukan mudah untuknya menambat hati Nia.
"I have to go Haizam... Dah lewat ni. Thanks for dinner," kata Nia, mula berdiri.
Haizam diam membatu. Dia tidak mahu memaksa Nia untuk stay lebih lama, tapi dia juga tidak boleh menghalang jika Nia ingin balik. Haizam mencapai tangan Nia dan memusingkan badannya.
"Biar I hantar you balik. Takkan you nak amik taxi at this hour,"
"Eh takpela Haizam, I'm used to it. Tak nak susahkan u,"
Haizam mula mendekatkan diri. Menyisir rambut Nia. Merenung matanya.
"I insist." suaranya muktamad.
Damn it, kalau kereta aku tak rosak, tak jadi macam ni! rengus hati Nia.
Haizam membiarkan saja Nia berjalan di hadapannya. Aroma Jean Paul Gaultier Fragile, kegemaran Nia, semakin lama semakin merasuk akal fikirannya. Haruman tersebut membawa seribu kenangan manis.
Setelah melabuhkan diri di dalam kereta, Haizam diam seketika berfikir. Enjin tidak distartkan walaupun jari jemarinya sedang memegang kunci untuk dipusingkan.
Nia melihat sahaja perilaku Haizam. "Are you ok?"
Pemikiran Haizam terhenti. Menolehkan mukanya ke sebelah kiri. Kalau boleh tidak mahu dimulakan sebarang perbualan.
"Haizam, what's wrong?" lembut suara Nia.
Haizam mengangguk perlahan sambil memerhatikan side mirror dan memusingkan kunci kereta. Apabila kereta mula bergerak keluar dari side parking box, Haizam menekan brek dan menarik brek tangan.
"What's wrong? Terlanggar apa?" Nia terkejut.
Dilihatnya di belakang tiada kereta, motor mahupun orang yang sedang berjalan kaki. Kosong. Permandangannya dialihkan kepada Haizam.
"Nia... I..." Haizam segera mencapai kedua tangan Nia dan memegangnya erat. Didekatkan mukanya ke muka Nia seinci demi seinci.
Haizam mencium dahi Nia dengan lembut, dibelainya akan rambut Nia yang panjang. Haizam memberikan senyuman kepada Nia. Senyuman itulah yang pernah membuatkan Nia menyedari akan kehadiran lelaki itu di dalam dunia ini. Nia tunduk membisu. Tak mampu berkata-kata. Dia tidak percaya dirinya inginkan belaian mesra Haizam. Can't be!
*********************************
Haizam mengambil telefonnya dan mendail restoran kegemaran Nia, Cilantro's untuk memesan makanan tengahari Nia.
"Yes, that will be all. Please deliver to Ms Nia and make it fast. I don't want her to starve."
Nia mengangkat mukanya apabila terdengar namanya dipanggil.
"Cik Nia? Ada delivery for you,"
Nia mengangkat keningnya apabila melihat logo Cilantro's di kotak yang dipegang oleh remaja tersebut. "Dari siapa?" "Maaf cik, tugas saya hanya menghantar makanan. Enjoy your lunch," remaja itu tersenyum sebelum berlalu. Nia melihat kotak di hadapannya. Aroma bau yang lazat menggoda seleranya. Memang dia lapar, sejak pagi perutnya kosong. Penutup kotak dibuka dan terlihat makanan kegemarannya. Seraya itu, telefonnya berbunyi. Mesej. Nia membuka flip dan membaca sms yang baru diterima. Haizam.
I know u lapar. But jgn sampai x makan, ok. I care 4 u and I'm begging u to take that lunch eventho u marah kat I. Please...
Nia hanya menggelengkan kepalanya. Sometimes, Haizam is just unbelievable.
*********************************
"Encik Haizam, tadi Mr. John datang for his appointment. Dia nearly nak cancelkan tender di Bukit Beruntung... and bos cari you tadi. After this ada appointment with RB and later you have to do a programme with Time.com aaa... Encik Haizam? Are you listening to me?" tanya Susan. Tidak pernah bosnya berperangai sebegini sehinggakan tender penting company pun dah tak menarik. "Encik Haizam?" sekali lagi Susan mencelah di kala kesunyian.
"Huh? Apa dia Susan? Bila awak masuk?" terkejut Haizam melihat gadis Cina di belakangnya. "Encik yang suruh saya masuk. Encik sihat ke? Do you want me to call the doctor?" Haizam terdiam.
"No, tak payah. I'm ok, tengah fikir benda lain tadi..." sambil menarik nafas panjang, "Hari ni macam mana?" tanyanya sambil berjalan ke arah meja. Susan mengulangi apa yang telah dikatakan tadi. Dilihat bosnya itu hanya terangguk-angguk.
"I don't want to be disturbed today Susan," tegas suara Haizam. "Ok bos, saya keluar dulu, Susan mengambil fail-fail syarikat dan berlalu pergi. Mencapai telefon di sebelah, "Hello Kak Nah, Dato' ada?" "Ada Haizam, kejap akan connectkan." setiausaha Dato' bersuara.
"Hah Haizam... where have you been? Your level cakap you tiba-tiba keluar. What happened? We nearly buat John marah. Haizam tak sihat ke?" bertubi-tubi soalan Dato'. "Maaf Dato'... saya ok. I'm really sorry about tadi. Ada personal matter sikit. Anyway, I dah contact Mr. John and promised him a new paper work and presentation. Saya tengah buat paperwork tu sekarang and probably sempat early dinner with him. Insyaallah, boleh buat dia datang balik to us. Dato' jangan risau." Haizam memberikan jaminan.
Dato' tersenyum sendirian. Dia amat sayangkan Haizam. Pekerja yang amat berdedikasi. Baginya, kerja datang dulu. "Hmm... elokla tu. Saya pun dah slow talk dengan dia. What happened tadi?" Dato' Sharif mula membongkar. Kadang-kadang mereka bagaikan anak dan ayah, berkongsi apa saja. Anak lelaki tunggal Dato' Sharif telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu akibat leukimia. Haizam dilihat bagaikan harapan baru untuknya.
Apabila Haizam diam membatu, Dato' bertanya, "Pasal Nia ke?" "Yeah and no... takda apala Dato'. Don't worry. Saya sambung balik kerja ye, takut tak sempat. I'll meet you later," Haizam cuba mengelak.
“Hmm… yelah. Nanti saya drop by later. Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,” Haizam meletakkan gagang telefon. Matanya tertumpu ke Apple I-Mac yang sedang menayangkan paperwork baru, kemudian beralih ke televisyen di sebelah yang sedang memaparkan channel Bloomberg. Saham di Wall Street nampaknya jatuh lagi. Balik lambatla lagi hari ini.
********************
Jam dinding menunjukkan 9.45 malam. Nia masih lagi di pejabatnya, menyiapkan kerja. Apa yang berlaku pagi tadi membuatkan dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Akibatnya, banyak meeting yang perlu ditangguhkan. Nia melihat keluar biliknya dan mendapati masih ada beberapa staff lagi yang bekerja lambat sepertinya. Dia mengeluh kecil. Pejabatnya amat sibuk kebelakangan ini sehinggakan Nia tidak menjaga kesihatan dirinya. Dia melihat skrin komputernya, email inboxnya penuh dengan email dari Haizam sejak tiga bulan lepas. Tak cukup dengan itu, Haizam akan telefon, mesej atau datang ke rumahnya untuk menjenguk Nia. Mouse digerakkan dan membuka beberapa email yang ada.
FROM : haizam.hamdan@dbs.com.my
TO : nurul.niyada@manulife.international.com
SUBJECT : checkin up on u
Hey, I tried callin u yesterday. I know ur still mad, please talk to me. Im really sorry.
Luv lots,
Haizam
FROM : haizam.hamdan@dbs.com.my
TO : nurul.niyada@manulife.international.com
SUBJECT : ello….
Nia, please sayang. Ur not picking up ur phone, I called rumah, uncle said you tak nak cakap ngan I. Please jangan biarkan I sorang. We’re in this together, I’m here 4 u. Call me k.
Haizam
FROM : haizam.hamdan@dbs.com.my
TO : nurul.niyada@manulife.international.com
SUBJECT : restless
Hie princess, went to ur office tadi, had a meeting kat 19th. I was at ur floor tapi I takut nak masuk bilik u, scared ur still angry with me. Text me k, we go makan?
Luv lots,
Haizam
FROM : haizam.hamdan@dbs.com.my
TO : nurul.niyada@manulife.international.com
SUBJECT : not givin up
As my subject stated, I tak akan putus asa. I know u marah and I sanggup tunggu. Just talk to me k, I really am so worried abt u. Mami and ayah k salam.
Luv lots,
Haizam
FROM : haizam.hamdan@dbs.com.my
TO : nurul.niyada@manulife.international.com
SUBJECT : rindu
I miss ur laugh.
Setitik air matanya jatuh, cepat-cepat Nia menyeka. I know I have feelings for Haizam tapi aku masih tak boleh lupakan apa yang dia pernah buat dulu. Dan Jimmy tak bersalah, kenapa pula dia dihukum macam ni? He has been good to me, it’s not fair to him. But… Nia memejamkan matanya… But I love Haizam, I still do.
“Assalamualaikum,” ketukan di pintu mengejutkan Nia.
“Waalaikumussalam… Haizam?”
Haizam tersenyum. “I called earlier, your floor cakap you would be working late. I datang to check on you. Mesti tak makan lagi kan? I brought something,” kata Haizam sambil menunjukkan bungkusan makanan yang dibawanya sekali.
“Haizam, you shouldn’t be here,”“Kenapa? I rindukan you and I wanna see if you’re ok. We had a difficult morning tadi and you tak reply any of my sms or email. Jadi I datang and I’m here. This is for you,” Haizam memberikan sejambak bunga ros putih, kegemaran Nia. Haizam kemudian bergerak ke meja tetamu di dalam bilik dan menyediakan makanan. Nia melihat sahaja telatah Haizam.
Dalam hati, dirinya tersenyum riang. He is trying hard to win me back.“Sayang? Kita dinner sama-sama? I tak dinner lagi ni, laparnye… Come… I belikan nasi ayam hainan. Remember we used to eat this every week?” Haizam tersenyum. Nia mengangguk dan duduk di hadapan Haizam. Aroma nasi ayam membuatkan dia tiba-tiba terasa lapar.
“Haizam… about this morning, I’m sorry I screamed at you,”“Nia, you have every right to be so. Apa yang you cakap memang betul, I have wronged you. And I still pegang teguh with what I said. I want to marry you,” tegas Haizam.
Then why don’t you? Why did you leave me dulu? Nia terdetik di dalam hati.
“Sayang… I tau I buat salah but now I want to win you back, fair and square. You deserve it. I was a bastard dulu, and I tak pernah nampak seseorang yang priceless ada betul-betul depan mata I. Kalau I kena berusaha sampai kita dah tua, lantakla.. asalkan you tau yang I ikhlas this time. I’m a changed man, bukan lagi Haizam yang suka main-main masa campus dulu. I really love you and I wanna be with you. You don’t have to say anything ok? Biar I kerja keras. In the end, I want you to decide dengan jujur siapa sebenarnya ada dalam hati you. But for now, I dah banyak membebel so now kita makan dulu ye?” Haizam tersenyum.
“Ok, kita makan dulu,” balas Nia, gembira dengan apa yang baru saja didengar.
-to be continued-
No comments:
Post a Comment